Alphard menggelongsor masuk longkang, bayi 8 bulan terselamat

oleh SALINA JALIL|
Seorang bayi berusia lapan bulan terselamat walaupun kereta jenis Toyota Alphard yang dinaikinya menggelongsor dan terbalik masuk ke dalam longkang Sungai Betong dalam kejadian di tengah bandar Jerantut, kira-kira jam 11 pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Difahamkan, ibu bayi tersebut meletakkan kenderaannya di situ sebelum keluar membeli barang dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaan.

 

Sementara itu Pegawai Operasi Bomba PBKII, Osman Abd. Malik berkata, pihak bomba sampai ke lokasi mendapati sebuah kereta Toyota Alphard yang terbabas ke dalam longkang.

 

"Terdapat seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kereta tersebut yang cedera.

 

"Namun mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba," katanya.

 

Katanya, mangsa sudah diserahkan kepada pihak Hospital Jerantut untuk tindakan selanjutnya.

 

Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan orang awam dilihat mengeluarkan sesuatu daripada sebuah kereta yang terbalik di dalam longkang sebelum menaiki tangga untuk naik ke atas.

 

 

Harian Metro