Alphard hilang kawalan, bertembung Viva - 8 cedera

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Lapan individu termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 40.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampar pada hari ini (Rabu).

 

Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku ketika kereta Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

 

Katanya, sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 42 tahun.

 

“Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu MPV dan enam penumpang termasuk tiga kanak-kanak cedera ringan manakala pemandu Perodua Viva pula cedera pada tangan dan kaki.

 

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu…
Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang mengorbankan seorang penunggang…
Berita Domestik
  Di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, seorang wanita, berusia 23 tahun telah mengalami…