Alpha Motor perlihat pakej overlanding Cloudbreak untuk pikap EV Wolf

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat besar seperti Ford nampaknya tidak perlu risau akan penerimaan umum terhadap model trak pikap terbaharu mereka, iaitu F-150 Lightning kerana spesifikasi yang ditawarkan sememangnya cukup mengkagumkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagaimana pula cara bagi pengeluar berumur setahun jagung seperti Alpha Motor ini untuk menarik golongan sasaran baharu serta golongan pengguna trak pikap sedia ada untuk menggunakan produk mereka?

Solusinya, pakej overlanding yang dinamakan sebagai Cloudbreak.

 


Pakej Cloudbreak itu datang dari syarikat yang berpusat di Jerman, Heimplanet yang pakar dalam penghasilan peralatan perkhemahan dan pengembaraan.

Secara asasnya, Cloudbreak boleh mengubah bahagian belakang trak pikap Alpha Wolf menjadi sebuah platform perkhemahan dengan sambungan kepada  kerangka khemah berbentuk kubah yang unik itu.

 


Menurut Heimplanet, struktur Cloudbreak amat sesuai untuk tujuan perkhemahan yang lasak, serta boleh bertahan di bawah kondisi yang ekstrem.

Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang petunjuk bilakah trak pikap elektrik Alpha Motor ini bakal diproduksikan, atau kelibat model ujiannya akan dikesan di jalan raya.