Kini, Alpha Motors mendedahkan sebuah lagi model yang dinamakan sebagai REX dan diposisikan sebagai sebuah SUV berkuasa elektrik untuk kegunaan off-road.

Alpha REX ini dikatakan hadir dengan pek bateri berkapasiti 85 kWh dengan jarak gerak sehingga 442 km, dan sistem pacuan empat roda yang dipadankan itu memberikan bayangan REX mungkin akan tampil dengan dua unit motor elektrik, satu untuk setiap gandar.
Dari segi dimensi, Alpha REX membawakan ukuran sepanjang 4,828 mm, lebar 1,990 mm dan tinggi 1,720 mm dengan binaan panel badan daripada keluli berkekuatan tinggi dan bahan thermoplastik yang ringan.
Walaupun hanya wujud dalam versi digital, ia dilihat mampu menyamai saiz Defender 90 (4,323 mm x 1,996 mm, 1,974 mm).

Untuk sebuah kenderaan offroad, REX turut didatangkan dengan bull bar di depan dan belakang, skid plate, unit lampu yang dilindungi dengan jejaring keluli, tayar mud-terrain BFGoodrich, serta bekas tayar simpanan.
Rekaan kabin REX pula menyokong konfigurasi tempat duduk jenis bangku, dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat atau dialih keluar sepenuhnya.