Almera baru di Malaysia?

oleh contributor|
Di negara barat Nissan Almera dikenali dengan nama Nissan Versa dan sejak generasi ke-3 model ini dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, ia dikenali sebagai Nissan Almera.


Di Amerika Syarikat, Nissan Versa model tahun 2020 telah diperkenalkan pada bulan April lalu dan secara rasminya telah dijual di Amerika pada bulan Ogos lalu.

 

Negara kedua pula yang menerima Nissan Versa 2020 adalah Mexico pada awal Oktober ini. Buat masa sekarang hanya kedua-dua negara (Amerika Syarikat dan Mexico) sahaja yang menerima Nissan Versa 2020 ini. Seterusnya negara-negara barat yang lain seperti Kanada dan Amerika latin turut dijangka menerima Nissan Versa 2020 ini.
 

 

Namun beberapa hari lalu tular gambar Nissan Versa generasi keempat di laman media sosial. Gambar tersebut telah diambil di KLIA. Seterusnya timbul spekulasi samada adakah Malaysia negara yang ketiga bakal menerima Nissan Almera generasi keempat ini dan akan mendahului Thailand dan Indonesia bagi pasaran Asia Tenggara.



 

 

Model Nissan Versa yang dijual Amerika Syarikat :

 

versa us

 

 

Model dan harga Nissan Versa untuk pasaran Mexico :

 

versa 2

 


Terdahulu Nissan Versa di Amerika Syarikat dibahagikan kepada dua varian:

Nissan Versa Sedan (di Malaysia Nissan Almera yang dijual sekarang) dan Nissan Versa Note Hatchback. 

 


 

 

Walau bagaimanapun pengedar Nissan North America telah menamatkan pengeluaran model Versa Note Hatchback pada tahun ini akibat kurang permintaan dan model terbaharu generasi keempat ini di panggil Nissan Versa.

 

Jika benar gambar yang tular tersebut adalah Nissan Versa dari Amerika atau Mexico, besar kemungkinan ia adalah model yang sama di Amerika Syarikat iaitu Nissan Versa S dan Versa SV. 

 

Model yang dijual untuk pasaran Amerika Syarikat menggunakan enjin 1.6L yang menghasilkan sehingga 118 kuasa kuda dan 110 tork. Mengikut data dari Nissan Amerika Syarikat penjimatan minyak untuk pemanduan di bandar mampu mencapai 7.5l/100km dan di lebuhraya 5.8l/100km. 

 

Terdapat juga ura-ura untuk model ini di luar pasaran Amerika Syarikat tetapi akan menggunakan enjin 1.0L Turbo yang sama digunakan pada model Nissan Micra K14. Manakala transmisi untuk Nissan Versa model Amerika dan Mexico adalah transmisi manual 5 kelajuan dan CVT.

 

versa klia

 

Berbeza dengan model Nissan Versa S di Amerika Syarikat, ia didatangkan dengan hanya rim besi dan penutup plastik. Walau bagaimanapun model yang tular di atas lori pengangkut mempunyai rim aloi bersaiz 15” tetapi mempunyai rekebentuk yang serupa.

 

 

 

Secara ringkasnya Nissan mula menggunakan nama Almera untuk pasaran di Eropah pada generasi pertama Nissan Almera keluaran 1995 sehingga 2000, model yang sama turut di jual di Jepun sebagai Nissan Pulsar/Lucino dan Nissan Sentra N15 untuk kebanyakkan negara lain.
 

 

1st gen

 

 

Generasi kedua Almera bermula dari tahun 2000 sehingga 2006 di Eropah, hanya negara Jepun menerima Nissan Almera untuk pasaran Asia yang dikeluarkan dari 1998 sehingga 2006. Pelakun dan pelawak Rowan Atkinson yang lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah dilantik sebagai duta untuk pasaran Jepun.
 

 

 

Nissan Almera generasi ketiga mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2012 dan ia telah dibawa masuk oleh pengedar rasmi Nissan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) setelah diperkenalkan di Thailand pada tahun 2011. ETCM juga turut memperkenalkan varian model Nissan Almera edisi khas NISMO, IMPUL dan Black Series.


 

 

Jika sekiranya ETCM sememangnya merancang untuk membawa model Nissan Almera generasi keempat di Malaysia, kemungkinan besar pelancaran paling awal adalah di akhir bulan Disember atau suku pertama tahun 2020. 

 


Ini berikutan cuti perayaan seperti Tahun Baru Cina pada hujung bulan Januari 2020. Di samping itu, kakitangan bahagian jualan dan pihak atasan ETCM juga akan membuat lawatan kerja ke Sepanyol pada bulan November, ini bermaksna tiada sebarang pelancaran pada bulan tersebut.  

 


Akan tetapi sekiranya pihak ETCM merancang strategi untuk melancarkan sebelum Tahun Baru Cina, ia pasti satu langkah yang tepat kerana kebiasaannya angka jualan kenderaan meningkat dan lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya. 

 

Di Amerika Syarikat, Nissan Versa Sedan telah dijual pada harga permulaan USD13,255 (RM55,485 /USD1=RM4.19) dan ini menjadikan Nissan Versa Sedan adalah kereta yang paling murah di Amerika Syarikat. Tetapi apabila Nissan Versa 2020 ini dilancarkan, harga permulaan bermula dari USD14,730 (RM61,660) dan sekaligus ia bukan lagi kereta paling murah di Amerika Syarikat. 

 

Adakah akan berlaku peningkatan harga Almera di Malaysia juga? Besar kemungkinan ya!

 

 

Penambahan harga bukan sahaja disebabkan oleh model baharu yang lebih panjang, lebar dan reka bentuk yang lebih agresif. Tetapi Nissan telah menambah beberapa ciri keselamatan yang lebih menarik pada Nissan Versa 2020 ini berbanding model sebelumnya. Beberapa spesifikasi dan ciri teknikal untuk Almera baharu nanti pasti berbeza untuk pasaran Malaysia!
 

 

almera specs

 

 

Penulis: Muhamad Qalif

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi terbaharu Nissan Almera ternyata lebih hensem dan lebih kemas berbanding Nissan Almera…
Berita Global
  Dari kajian mereka, seramai 78 peratus yang tidak pernah memiliki kenderaan dan bakal membeli…
Berita Domestik
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal memperkenalkan beberapa model baharu sebagai salah satu…