Mula diperkenalkan pada 12 Januari 2023, ia merupakan manfaat tambahan yang disediakan kepada pemegang polisi Kenderaan Barangan (komprehensif) yang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan.
Beli sahaja polisi insurans motor Allianz dan tambah RM120 untuk mendapatkan Allianz Truck Warrior.
Antara manfaat yang bakal dinikmati pemegang polisi adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan bantuan tepi jalan (hingga tiga kali setahun)
- Penundaan kenderaan barangan hingga 100 km dua hala
- Perkhidmatan pembaikan di lokasi
- Elaun bantuan banjir sehingga RM5,000
Untuk melayakkan diri mendapatkan perlindungan tersebut, terdapat syarat yang perlu dipenuhi seperti:
- Kenderaan barangan mempunyai permit A dan C dengan Perlindungan Komprehensif
- Berat 7.5 tan dengan muatan
- Usia kenderaan tidak melebihi 20 tahun
Menurut Ketua Pegawai Jualan, Allianz General, Horst Habbig berkata, “Dengan Allianz Truck Warrior, kami menawarkan anda sebuah penyelesaian yang mampu menyingkirkan tempoh menunggu, tawar-menawar dan rundingan dengan hanya RM120.
Jelasnya lagi, purata kos menunda sebuah lori rosak adalah dalam sekitar RM800 dan kos tersebut akan meningkat berdasarkan faktor jarak.
“Di Allianz Malaysia, kami tunda semuanya, (trak) besar atau kecil. Berdasarkan statistik Laporan Perkhidmatan Insurans Malaysia, terdapat dalam 670,000 buah kenderaan barangan yang diinsuranskan pada tahun 2021.
“Oleh itu, perkhidmatan tambahan yang kami tawarkan ini adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh pemilik kenderaan barangan, dan melengkapkan lagi rangkaian perkhidmatan kami – kereta, motosikal dan kenderaan barangan.