Allianz pilih Nissan LEAF

oleh Mohamad Hanif|
Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah memperbaharui fleet kenderaan elektriknya (EV) dengan dua buah 2019 Nissan LEAFs baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini merupakan kesinambungan dari agenda hijau Allianz Malaysia untuk mengurangkan jejak karbon dari aspek logistik perniagaan, yang pertama kalinya dimulakan dengan kenderaan EV yang pertama pada tahun 2015.

LEAFs, yang telah disewa dari Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd bagi tiga tahun berikutnya, mampu pergi sejauh 290km jika dicas penuh dan sedia digunakan oleh kakitangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir, berkata memiliki LEAF dengan jenama Allianz, kenderaan 100 peratus EV pertama yang dijual secara besar-besaran di dunia, ialah sebuah perubahan yang dialu-alukan.

“Apabila kami sedang mencari-cari barisan baharu kenderaan EV, dan Nissan LEAF merupakan pilihan yang terbaik untuk pelbagai sebab. Kenderaan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hebat – pelepasan sifar dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan dan bantuan pemanduan. Ini semua sejajar dengan agenda hijau kami dan pada masa yang sama, kami berharap kakitangan kami boleh memandunya dengan selamat,” kata Zakri.

Menurut Nissan, model LEAF telah menjimatkan lebih 2.4 bilion kilogram karbon dioksida sejak ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2010.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Berita Domestik
Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…