Allianz perluas khidmat bergerak ganti cermin ke bandar-bandar utama

oleh HEZERI SAMSURI|
Allianz General, syarikat insurans dari Jerman telah memperluaskan perkhidmatan bergerak penggantian cermin kereta ke bandar-bandar utama di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan praktikal yang dimulakan oleh Allianz di Lembah Kelang pada Jun 2020 itu kini boleh didapati di bandar-bandar di bawah:

  • Johor Bahru
  • Melaka
  • Seremban
  • Ipoh
  • Pulau Pinang
  • Alor Setar
  • Kuantan
  • Kuala Trengganu
  • Kota Bharu
  • Kota Kinabalu
  • Kuching

Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah untuk menghubungi nombor talian 1800-22-5542, tetapkan waktu janji temu dan Allianz akan menghantar pasukan perkhidmatan bergerak Allianz ke lokasi pelanggan dalam tempoh sejam.

Tidak ada borang yang perlu diisi atau sebarang proses remeh yang perlu dihadap oleh pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Tuntutan Allianz General, Damian Williams, syarikat beliau kini mempunyai sejumlah 34 unit kenderaan bergerak untuk perkhidmatan tersebut.

"Kami mahu pelanggan kami yakin dengan penyelesaian pantas Allianz General apabila mereka memerlukannya," terang Williams.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan khusus untuk pemegang polisi Allianz Motor Private Car Comprehensive perlindungan cermin kereta dengan perkhidmatan pembaikan di lokasi untuk cermin kereta yang retak atau rosak. 

Ia tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 


 

Berita Berkenaan

Informasi
    Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, pengenalan perkhidmatan bantuan…
Berita Domestik
Perkhidmatan Allianz untuk Penggantian Cermin Kereta di mana sahaja boleh didapati untuk semua…