Allianz Motorcycle Plus lindungi pembonceng motosikal secara PERCUMA!

oleh SALINA JALIL|
Allianz Motorcycle Plus kini telah diberikan penambahbaikan dengan perlindungan untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc dan ke bawah


Allianz Motorcycle Plus (komprehensif atau pihak ketiga) kini menawarkan perlindungan tambahan kepada penunggang motosikal dan pembonceng yang sah dengan RM10,000 untuk kes kematian/hilang upaya kekal untuk setiap seorang dan pendapatan hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

stage

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) Sean Wang berkata, "penunggang motosikal kadang-kala tidak mengambil perlindungan tambahan kerana tidak mampu atau kurang memahami tentang insurans.

 


Tetapi jangan sampai mereka kurang diinsuranskan. Penunggang motosikal layak mendapat perlindungan yang mampu milik dan berguna, dan kami berbangga kerana dapat memberikan mereka itu melalui Allianz Motorcycle Plus yang dipertingkatkan ini".

 


"Sebanyak 90 peratus motosikal di jalan raya Malaysia adalah motor kapcai atau model 250cc dan ke bawah, kami berkeras mahukan perlindungan tambahan disediakan untuk polisi komprehensif dan pihak ketiga tanpa kos tambahan.

 

Dalam masa yang sukar, kami mahukan penunggang-penunggang untuk mengenepikan kemampuan kewangan mereka dan dapatkan perlindungan yang selayaknya", tambah Sean.

 

 

Allianz Motorcycle Plus (komprehensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal anda dari kemalangan, kebakaran, kecurian, kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.

 

Manakala polisi pihak ketiga pula melindungi kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

 


Perlindungan komprehensif juga memberikan perlindungan tambahan untuk semua perlindungan jumlah yang diinsuranskan penuh peril khas (melindungi dari banjir, tanah runtuh, atau bencana alam) dan bantuan tepi jalan yang ditawarkan oleh Allianz Road Rangers (1800-22-5542), kedua-duanya tanpa kos tambahan.

 

Bantuan tepi jalan termasuk bantuan trak tunda kecemasan (percuma sehingga 50km, pergi/balik), penghantaran minyak , bateri dan perkhidmatan tayar pancit.

 

 

Majlis pada pagi tadi turut mengumumkan pemenang hadiah utama untuk Kempen 111 Motosikalnya di Allianz Arena di Plaza Sentral dan turut dihadiri oleh Fattah Amin sebagai penampilan khas.


Rohisham Husain, pemenang Kempen tersebut dengan membawa pulang sebuah motosikal Honda CBR250RR baharu yang bernilai RM25,999.


Allianz General turut menghadiahkan 110 buah motosikal Honda Wave Alpha sebagai hadiah bulanan sepanjang tempoh kempen tersebut selama tiga bulan yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.


Sebarang pertanyaan lanjut tentang Allianz General, sila layari www.allianz.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan praktikal yang dimulakan oleh Allianz di Lembah Kelang pada Jun 2020 itu kini boleh…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, pengenalan perkhidmatan bantuan…
Berita Domestik
Perkhidmatan Allianz untuk Penggantian Cermin Kereta di mana sahaja boleh didapati untuk semua…