Allianz Malaysia bantu jayakan program Junior Safety Workshop oleh Malaysia International Search and Rescue

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Allianz Malaysia melalui cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka, Allianz4Good baru-baru ini telah menyokong Malaysia International Search and Rescue (MISAR) bagi menjayakan program Junior Safety Workshop.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi manfaat kepada 201 orang kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 14 tahun termasuk 20 orang anak pekerja Allianz Malaysia.

Program Junior Safety Workshop oleh MISAR itu bertujuan untuk menyediakan pengetahuan asas tentang keselamatan kebakaran, keselamatan jalan raya, serta prosedur kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan permohonan pertolongan cemas yang lain.

 

2

 

Modul program tersebut termasuk Melarikan Diri Daripada Penculikan, Melarikan Diri Dari Bilik Berasap, Keselamatan Elektrik, Panggilan Kecemasa 999, Keselamatan Jalan Raya serta Aktiviti Renjer Bumi seperti Tanam Pokok, Hentikan Sampah dan Hujan Yang Selamat.

Allianz Malaysia Sebelum ini telah bekerjasama dengan MISAR untuk beberapa inisiatif yang berkesan.

Di mana tahun lepas, kedua-dua pihak bekerjasama untuk menyediakan Latihan Kemandirian Banjir untuk rakyat Malaysia, ahli Allianz We Care Community dan para pekerjanya, agar lebih bersedia menghadapi banjir.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…
Berita Domestik
Dana Impak Sosial merupakan program utama Kumpulan Allianz yang menawarkan peluang strategik kepada…