Allianz General perkenal bantuan tepi jalan percuma untuk pengguna motosikal bawah 250cc

oleh Mohamad Hanif|
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah memperkenalkan program bantuan tepi jalan secara percuma untuk pemegang polisi motosikal komprehensif (bawah 250cc) melalui Allianz Road Rangers.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, pengenalan perkhidmatan bantuan tepi jalan ini mampu memberikan manfaat kepada penunggang motosikal, dengan perkhidmatan tambah nilai yang lebih baik.

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif) (bawah 250cc) ini merangkumi bantuan trak tunda kecemasan (sehingga 50 km secara percuma untuk dua hala), penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.

Selain daripada itu, pelanggan juga akan diberikan baucer e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari kawasan kecemasan bagi mengurangkan sebarang kesukaran yang dihadapi.

Di bawah Allianz Road Rangers, Allianz General mempunyai 190 buah trak tunda yang bersedia untuk berkhidmat kepada pengguna yang memerlukan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan praktikal yang dimulakan oleh Allianz di Lembah Kelang pada Jun 2020 itu kini boleh…
Informasi
    Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz…
Berita Domestik
Perkhidmatan Allianz untuk Penggantian Cermin Kereta di mana sahaja boleh didapati untuk semua…