Allianz General mudahkan urusan pembaikan, penggantian cermin kereta dengan lebih cepat

oleh Mohamad Hanif|
Pelanggan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) kini boleh menjangkakan penggantian cermin kereta dan pembaikan cepat di mana sahaja mahupun di rumah atau bangunan komersial tanpa pembayaran atau dokumentasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan Allianz untuk Penggantian Cermin Kereta di mana sahaja boleh didapati untuk semua pemegang polisi Motor Komprehensif yang mempunyai perlindungan cermin kereta yang memerlukan perkhidmatan di Lembah Klang.

Ia membolehkan Allianz General membuat temu janji dengan pelanggan sejam selepas mereka memberi notifikasi untuk melakukan pembaikan atau penggantian kepada cermin kereta mereka yang telah retak atau rosak.

Perkhidmatan pembaikan atau penggantian ini akan diselesaikan di lokasi pilihan pelanggan dalam masa tiga jam dan Syarikat juga akan menyediakan penggantian cermin kereta yang tulen dengan jaminan seumur hidup.

“Untuk pelanggan hari ini, perkhidmatan yang pantas dan mudah adalah penting. Apa lagi apabila mereka dalam kesusahan dan perlukan penyelesaian segera. Jadi, kita akan menghentikan pengisian borang, masa menunggu dan proses tuntutan yang rumit dengan menyediakan perhatian segera dan perkhidmatan yang cekap untuk pelanggan kami di mana sahaja mereka berada,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan, Allianz General.

“Pelanggan kami hanya perlu menghubungi kami dan salah sebuah kereta yang mempunyai penjenamaan Allianz akan menuju ke lokasi tersebut di Lembah Klang untuk menyediakan penggantian atau perkhidmatan pembaikan. Ia sangat mudah,” tambah Damian.

 


Perkhidmatan pembaikan cepat yang ditawarkan kepada rumah dan bangunan komersial boleh didapati untuk pemegang polisi Houseowner dan Householder Allianz General dan juga pemegang polisi insurans kebakaran (bangunan komersial) di Lembah Klang.

Selepas memberi notifikasi, pelanggan boleh menjangkakan kontraktor tapak untuk tiba di lokasi anda dalam tempoh 24 jam dan untuk pembaikan segera, pelanggan juga boleh memilih untuk berhubung dengan kontrator pilihan Allianz General. Untuk bangunan komersial, perkhidmatan ini termasuk pembinaan semula, pembaikan dan pemulihan akibat kerosakan.

“Kami memahami tekanan yang dihadapi apabila anda memerlukan pembaikan untuk paip pecah atau atap yang rosak kerana pokok tumbang. Anda inginkan pembaikan dilakukan secepat mungkin, tetapi dengan arang yang dipercayai yang anda tahu akan menyediakan hasil kerja yang bagus dan produk yang berkualiti. Kami ingin pelanggan mengetahui yang mereka boleh bergantung kepada kami. Tambahan pula, dengan pilihan menggunakan kontraktor pilihan, mereka boleh bertenang dengan mengetahui yang tahap perkhidmatan akan mengikuti piawaian yang kami luluskan,” kata Damian.

Perkhidmatan Allianz untuk Penggantian Cermin Kereta di mana sahaja dan pembaikan cepat disediakan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, daripada hari Isnin hingga Sabtu.

Jika pelanggan Allianz General memerlukan perkhidmatan ini, sila hubungi 1800-22-5542.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, di bawah program ini, bahagian…