Alkisah terlebih kaya - jutawan ini beli enam unit Rolls-Royce, kesemuanya spesifikasi kustom!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama ada ahli perniagaan ini lahir atas sudu emas, atau perniagaan beliau memang benar-benar mendatangkan keuntungan, tindakan membeli enam buah Rolls-Royce serentak mungkin akan dianggap gila bagi sesetengah orang. 

Reuben Singh, ahli perniagaan merangkap CEO alldayPA dan Isher Capital, diberitakan membeli enam buah Rolls-Royce terdiri daripada tiga unit Phantom dan selebihnya - anda teka - ya, SUV Cullinan!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reuben Singh (@singhreuben) on


Menurut siaran gambar yang diperoleh daripada laman rasmi Instagram beliau, keenam-enam buah unit Rolls-Royce itu dibeli sebagai penghargaan kepada usaha dan hasil penat lelah beliau berniaga. 

Spesifikasi setiap unit juga bukanlah asal standard keluaran kilang, memandangkan pelanggan Rolls-Royce boleh memilih apa jua warna, trim kemasan serta aksesori pilihan asalkan akaun bank masih lagi tidak mencecah sifar. 

Begitu juga Reuben Singh, setiap satu Rolls-Royce beliau didatangkan dengan warna yang berbeza bagi menyamai warna turban yang beliau pakai setiap hari. 

 


Jika anda merasakan beliau kini memiliki enam unit Rolls-Royce, anda silap! 

Ini kerana menurut laporan, termasuk enam unit yang baharu sahaja dibeli, jutawan tersebut sudah pun memiliki sekurang-kurangnya 20 unit Rolls-Royce yang berlainan model, termasuklah Phantom generasi terdahulu, Phantom coupe, dan Dawn convertible. 

Selain daripada koleksi Rolls-Royce sedia ada, Reuben Singh juga merupakan pemilik kepada Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder, Pagani Huayra, Lamborghini Huracan dan Ferrari F12 Berlinetta edisi terhad. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reuben Singh (@singhreuben) on

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta…
Berita Global
  "Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama…