Alive Hoon - filem pasal drifter professional ditaja oleh Gazoo Racing, tayangan 10 Jun ini di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Careta percaya, pada saat artikel ini dibaca, ramai di antara kita yang sudah pun menonton beberapa filem aksi pemanduan lasak seperti Tokyo Drift, Initial D, KL Drift, Impak Maksima, dan bermacam-macam filem lagi yang berlambak di dalam HDD anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang mahukan kelainan, nantikan sebuah filem aksi pemanduan drifting, Alive Hoon yang bakal menerjah pawagam Jepun pada 10 Jun ini.

Filem Alive Hoon mengisahkan seorang pelumba e-sports (dilakonkan oleh Shuhei Nomura) yang cuba untuk memasuki dunia drifter professional dan memandu kereta sebenar.

 


Trailer berdurasi 30 saat itu memaparkan aksi perlumbaan drift yang dirakam dari pelbagai sudut (termasuk sudut dekat) lengkap dengan efek bunyi dan asap tayar yang sebenar.

Di Jepun, filem ini dikategorikan sebagai CG Zero, bermakna ia tidak mempunyai sebarang imej janaan komputer digunakan.

 


Bukan itu sahaja, perkembangan filem ini turut dipantau sendiri oleh Drift King, Keiichi Tsuchiya, di mana segala aksi-aksi lasak itu tadi disumbangkan oleh pelumba drift professional.

Dalam satu video di sebalik tabir, ia mendedahkan kelibat insan terkenal seperti Naoki Nakamura, Daigo Saito, Masato Kawabata, Masashi Yokoi dan Manabu Orido (siapa tak kenal nama-nama ni memang korang masih muda, atau petanda penulis sudah tua) membuat kemunculan di dalam filem tersebut.
 

GR Yaris


Lebih menarik lagi apabila filem ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada Toyota Gazoo Racing yang turut sama menampilkan model-model terbaharu GR Yaris dan GR Supra.

Bukan sahaja terhad kepada kereta Toyota sahaja (watak utama guna JZX100 Chaser), malah ia juga turut menampilkan model-model lain seperti Nissan GT-R R35, Nissan Silvia S15, serta penaja-penaja lain seperti Yokohama, Toyo dan juga Nankang!