Aliran trafik 1.3 juta di Lebuhraya Utara Selatan

oleh SALINA JALIL|
Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan meningkat 1.3 juta jumlah trafik semalam berbanding sehari sebelumnya selepas rakyat dibenarkan membuat perjalanan rentas negeri menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (Plus) Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, anggaran kenaikan jumlah trafik di lebuh raya sekitar 15 ke 20 peratus dari jumlah harian kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, aliran trafik kelmarin mencatatkan sebanyak 1.1 juta namun ia meningkat menjadi 1.3 juta semalam manakala sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jumlah aliran trafik adalah 1.7 juta.

 

Sebelum ini pihak PLUS telah melaporkan bahawa pelbagai prosedur operasi standard (SOP) baharu ditetapkan di semua hentian rehat dan rawat (R&R) di bawah kendalian syarikat konsesi itu.

 

Mohd Yusuf berkata, sebaik kebenaran rentas negeri diberikan, orang ramai memang mengambil peluang pulang ke kampung secara berperingkat menyebabkan kadar aliran trafik menunjukkan sedikit peningkatan bermula semalam.

 

Sekiranya keadaan tidak terkawal untuk menyuraikan orang ramai daripada berkumpul di R&R, PLUS akan menggunakan pendekatan menutup kemudahan itu.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima…
Informasi
  Pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R…
Berita Global
Saham tersebut dibeli oleh Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan juga rakan kongsinya,…