Alibaba dan Ford bina mesin layan diri jual Mustang!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita biasa membeli air minuman dan snek dari mesin layan diri atau vending machine.

Di Singapura, sudah ada mesin layan diri menjual makanan panas. Di Jepun pula, ada mesin layan diri menjual rokok, pakaian, mainan dan pelbagai lagi.

Nampaknya di China pula, sekiranya anda tiada masalah dengan kredit, anda boleh membeli sebuah Ford Mustang dari mesin layan diri dalam masa 10 minit.

 

 

Kumpulan perdagangan atas talian atau e-commerce Alibaba dan Ford dalam proses untuk melancarkan mesin layan diri tanpa bantuan manusia untuk menjual kenderaan Ford.

Mesin tersebut yang akan dibuka kepada umum pada 23 April kelak akan beroperasi di bandar Guangzhou.

Setinggi bangunan lima tingkat dan mengandungi 42 buah kenderaan pelbagai model termasuk Ford Explorer dan Ford Mustang, ia pastinya adalah mesin layan diri terbesar di dunia.

 

 

Pengguna platform membeli-belah Tmall dari Alibaba boleh memilih model Ford yang dikehendaki melalui aplikasi Taobao di dalam telefon pintar mereka.

Kemudiannya applikasi itu akan mengimbas muka pembeli dan bila mereka ke mesin layan diri itu, identiti pembeli akan dipastikan terlebih dahulu.

 

 

Walaubagaimanapun, sistem itu sebenarnya membenarkan ujipandu selama tiga hari sebelum pelanggan benar-benar mengambil keputusan untuk membeli. Tidak begitu pasti bagaimana dan di mana sesi ujipandu akan dilakukan tetapi dari video yang Careta lihat, kereta pandu uji diambil dari mesin tersebut juga.

Mesin layan diri yang sama juga akan diperkenalkan di Beijing dan Hangzhou.

Menarik bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…