Alfa-X - Shinkansen generasi baharu berkelajuan 400 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shinkansen (dalam Jepun bermakna laluan baharu) atau bullet train merupakan jaringan keretapi berkelajuan tinggi di Jepun. 

Sejarah Shinkansen bermula pada tahun 1964, apabila sebuah laluan keretapi baharu dibuka menghubungkan antara Tokyo dan Shin-Osaka dengan jarak keseluruhan 515.4 km, dengan kelajuan tren O Series sepantas 210 km/j. 

Sehingga kini, jaringan Shinkansen meliputi jarak sejauh 2,764.6 km dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 240-320 km/j bergantung kepada lokasi. 
 

barisan Shinkansen JR East

Seperti mana negara asal Jepun, Shinkansen sangat terkenal kerana kepantasan dan tahap ketepatan masa yang ditunjukkan, sehinggakan tahap kelewatan purata tahunan dikira selama 30 saat sahaja untuk setiap tren!

30 saat ya tuan-tuan. 

Setiap generasi tren Shinkansen akan menampilkan rekaan yang berfungsi untuk memaksimumkan tahap operasi dan ia berevolusi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. 
 

beza panjang hidung tren

Alfa-X atau nama penuhnya Advanced Labs for Frontline Activity in rail eXperimentation merupakan generasi terkini Shinkansen yang bakal diuji bermula tahun ini. 

Dengan dimensi sepanjang 22 meter, Alfa-X memiliki hidung tren yang paling panjang di antara tren Shinkansen terdahulu, bertujuan untuk mengurangkan gelombang tekanan yang terbentuk semasa memasuki terowong pada kelajuan tinggi. 

Alfa-X turut menitikberatkan beberapa permasalahan keselesaan penumpang seperti mengurangkan bunyi bising dalam kabin, serta pemasangan penyerap hentak gegaran melintang kepada sistem penyerap menegak sedia ada. 

Di negara yang berada di dalam lingkaran api Pasifik, gempa bumi merupakan satu perkara yang sukar untuk diramal. 
 

salah sebuah Shinkansen yang diuruskan oleh JR East


Shinkansen Alfa-X ini juga turut dilengkapi dengan ciri penyerap hentak anti-gempa bumi, di mana sistem ini akan diaktifkan secara automatik bagi menstabilkan pergerakan tren ketika gegaran, sekaligus mengelakkannya daripada tergelincir daripada landasan. 

Tren Shinkansen formasi 10 gerabak dengan nama rasmi Kelas E956 ini akan mula diuji oleh East Japan Railway Company bermula tahun ini, dengan satu sasaran utama. 

Melangkaui kelajuan tertinggi 400 km/j! 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…
Berita Global
Model Shinkansen N700S (N700 Supreme) ini dilengkapi dengan pek bateri jenis lithium-ion tambahan…