Alfa Stelvio sudah ada dua recall untuk 2018.

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Alfa Romeo Stelvio mungkin sebuah SUV yang seksi dan adalah SUV pertama keluaran syarikat Itali itu.

Namun begitu, ia tetap mempunyai ciri-ciri DNA Alfa Romeo tulen - isu kualiti.

Menurut laporan media barat, Stelvio sudah pun mempunyai dua panggil semula atau recall di US.

1. Pintu but boleh terbuka sendiri
Stelvio yang dibina dari tarikh 20 Mac 2017 sehingga 14 Februari 2018 mungkin mengalami masalah air masuk dan menyebabkan karat kepada sambungan soket wayar untuk pintu but dan suis pembukanya. 
Ini boleh menyebabkan pintu but terbuka sendiri ketika kenderaan sedang bergerak.
Alfa Romeo sedar akan masalah ini melalui satu kes tuntutan waranti pada bulan Januari tahun ini dan menetapkan ia perlu melakukan panggil semula pada 23 Mac lalu.
Sebanyak 12,595 unit Alfa Romeo Stelvio terbabit di dalam panggil semula ini.

 

 

2. Air masuk dan merosakan kotak ECU
Nampaknya masalah ini berkait dengan panggil semula yang pertama kerana ia turut berlaku pada Stelvio yang dibina dari tarikh 20 Mac 2017 sehingga 14 Februari 2018.
Alfa Romeo mendapati sesetengah Stelvio yang dibina dalam julat tarikh itu mempunyai masalah kebocoran.
Air masuk dan menyebabkan karat kepada penyambung "body control module" pada tiang A (A-pillar) dan juga kepada "body-control module" itu sendiri.
"Body control module" ialah salah satu daripada beberapa ECU yang wujud di dalam sebuah kenderaan.
Untuk Stelvio, kerosakan pada unit ECU itu akan menyebabkan wiper hujan dan lampu-lampu tidak berfungsi tanpa sebarang amaran, mewujudkan risiko berlakunya kemalangan.
Alfa Romeo sudahpun tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Alfa dikatakan tahu akan masalah ini seawal Spetember tahun lalu tetapi hanya bersetuju panggil semula perlu dilakukan pada bulan Mac sahaja.
Jumlah Stelvio yang terbabit sama seperti panggil semula yang terdahulu - 12,595 unit.

 

 

Jenama Alfa-Romeo dipercayai masih tidak lagi berpunya di Malaysia. Kali terakhir ia dimiliki oleh Sime Darby Motors sebelum ia ditutup dalam tahun 2013. 

Kemudian DRB-Hicom dengarnya mahu mengambil alih hak ke atas jenama itu di Malaysia

Terus terang penulis katakan, dengan sejarah syarikat konglomerat besar itu yang mengendalikan Jeep Malaysia, Audi, Chevrolet, Can-Am Spyder, Mahindra dan sebagainya, adalah lebih baik DRB-Hicom menumpukan fokus kepada perkara lain seperti menaikan Modenas yang sekarang ini masih jauh tertinggal berbanding dengan syarikat kecil milik perseorangan dari Pulau Pinang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…