Alfa Romeo Tonale 2023 - pencabar Mercedes GLA-Class, BMW X1

oleh Mohamad Hanif|
Alfa Romeo baru-baru ini melancarkan secara rasmi SUV segmen C Tonale 2023 yang bakal memberikan cabaran kepada model seperti BMW X1, Mercedes-Benz GLA-Class serta Audi Q3.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diposisikan di bawah model Stelvio, Tonale 2023 ini mempunyai ukuran dimensi sepanjang 4,530 mm, tinggi 1,600 mm, dengan kelebaran 1,840 mm.

Model Tonale 2023 ini banyak membawakan persamaan rekaan dengan model konsep yang diperlihatkan sebelum ini, seperti contoh rekaan lampu 3+3 yang mengingatkan kita kepada model ikonik SZ dan Brera.
 

Tonale


Secara standard, Tonale didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci, dan opsyen untuk naik taraf rim bersaiz 19 inci atau 20 inci bergantung kepada duit poket.

Menurut Alfa Romeo, Tonale mempunyai nisbah stereng 13.6:1 yang terpantas di dalam kelasnya, selain mempunyai kelengkapan seperti angkup brek Brembo, penyerap hentak Frequency Selective Damping (FSD) Koni, LSD elektronik, serta ciri inovatif Integrated Brake System (IBS) yang mampu meningkatkan prestasi brek.
 

Tonale


Ruang kabin Tonale pula mendapat kelengkapan seperti skrin paparan kluster instrumen digital 12.5 inci dengan pilihan grafik retro, diikuti dengan skrin tengah bersaiz 10.25 inci dengan sistem operasi Android, serta sokongan kemaskini over-the-air.

Di bahagian konsol tengah pula menempatkan tuil penukaran gear, serta tombol penukaran mod pemanduan yang sengaja diposisikan pada sudut yang boleh dicapai mudah oleh pemandu.
 

Tonale


Bergantung kepada pasaran, SUV Tonale ini boleh didapati dalam versi hibrid konvensional, plug-in hybrid, atau enjin pembakaran dalaman standard.

Versi hibrid terdiri daripada enjin 1.5 liter yang dipadankan dengan motor elektrik 15 kW 48 voltan, di mana versi asas mampu menghasilkan kuasa 128 hp, sementara versi turbo VGT pula berkuasa setinggi 158 hp.
 

Tonale


Versi PHEV Q4 pula menggantikan enjin 1.5 liter kepada sesaran lebih kecil 1.3 liter MultiAir yang memacu roda depan, dibantu dengan motor elektrik pada gandar belakang, di mana output keseluruhan adalah sebesar 272 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat.

Pek bateri 15.5 kWh pula membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 80 km di dalam bandar.

Selain daripada versi hibrid, pasaran Amerika bakal mendapat versi trenkuasa konvensional dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 256 hp dan 400 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan pacuan semua roda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
"macam pernah lihat, tapi di mana ya?" Ya, seperti yang anda duga, Dodge Hornet ini sebenarnya…
Berita Global
Terbaharu, menurut Auto Express UK, Alfa Romeo mahu menghentikan segala pembangunan terhadap model…