Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio kini SUV terpantas di tiga litar UK

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kecewa dengan kekalahan di tangan Mercedes-AMG GLC 63 S di Litar Nurburgring tahun lalu, Alfa Romeo menebus kembali dengan mencatatkan rekod terpantas di tiga litar utama di UK. 

Di tangan pemandu David Brise, Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio mencatatkan masa pusingan terpantas di litar Silverstone (2:31.6), Donington Park (1:21.1) dan Brands Hatch (55.9). 

 


Pencapaian ini sekaligus menobatkan Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio sebagai SUV produksi pertama terpantas di tiga litar berkenaan. 

Sebelum ini, Alfa Romeo Stelvio telah melakukan cubaan memecahkan rekod di Litar Neraka Hijau (2017), dengan catatan masa 7:51.7 sebelum ia dipecahkan oleh Mercedes-AMG GLC 63 S dengan catatan masa 7:49.369 pada tahun berikutnya.

 


Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio dikuasakan enjin V6 2.9 liter twin-turbo yang diperoleh daripada Ferrari, menghasilkan 510 kuasa kuda dan 600 Nm yang dipadankan dengan transmisi ZF lapan nisbah kelajuan. 

Atas kertas, ia mampu memecut sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum 285 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan…
Berita Global
Ketika ini, Alpina - penala kenderaan BMW - sudah pun menghasilkan salah sebuah sedan terpantas di…