Alfa Romeo Racing gugurkan nama Sauber dari pasukan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lalu, Sauber telah menandatangani perjanjian teknikal bersama Alfa Romeo dan semenjak daripada itu nama pasukan diubah kepada Alfa Romeo Sauber F1 Team untuk perlumbaan musim 2018. 

Namun, untuk musim perlumbaan 2019, Alfa Romeo telah membuat keputusan untuk membuang nama Sauber daripada pasukan, sekaligus menjadikan pasukan sedia ada dengan nama Alfa Romeo Racing sahaja. 

Walaupun keputusan drastik itu dibuat, ia tidak mengubah struktur pengurusan dan pemilikan sedia ada pasukan Sauber, di mana mereka akan kekal menggunakan enjin Ferrari untuk musim ini dan pejabat utama berpangkalan di Switzerland. 

Nama Alfa Romeo hanya sekadar nama sahaja dan tidak ada satu pun komponen jentera yang dibekalkan oleh Alfa Romeo, suatu yang janggal memandangkan kekuatan nama Alfa terbukti suatu ketika dahulu di dalam F1. 

Kimi Raikonen bakal menggalas cabaran untuk mewakili pasukan Alfa Romeo Racing bersama-sama bekas pemandu uji Ferrari, Antonio Giovinazzi, gandingan yang bakal memberikan cabaran sengit kepada pasukan yang lain.