Alfa Romeo pertimbang varian Quadrifoglio untuk model BEV akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun hadapan (2022) sehingga tahun 2026, Alfa Romeo berjanji akan melancarkan satu model baharu setiap tahun, namun jenama automotif Itali itu berazam untuk menjadi jenama elektrik sepenuh masa bermula tahun 2027.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autocar, pelan tersebut akan dimulakan dengan pelancaran model SUV plug-in hybrid Tonale pada tahun hadapan, sementara model elektrik bateri (BEV) pertama jenama itu dikatakan akan muncul pada tahun 2024.

Lebih menarik, bos Alfa Romeo, Jean Philippe Imparato mengesahkan mereka sedang dalam perancangan untuk menawarkan EV berprestasi tinggi menggunakan penjenamaan Quadrifoglio.
 

Quadrifoglio


"Untuk setiap model BEV yang dilancarkan, kami akan mengkaji kemungkinan untuk menawarkan versi prestasi tinggi sejajar dengan mesej portfolio produk yang kami pasarkan.

"Jika kami tidak mampu menawarkan tahap yang dijangkakan (prestasi dan dinamik pemanduan), kami tidak akan menawarkan versi Quadrifoglio.

Kebanyakan model-model Alfa Romeo pada masa akan datang akan menggunakan pelantar STLA Large yang dibangunkan oleh Stellantis, namun dengan sentuhan yang tersendiri bagi memastikan ia mampu menepati parameter prestasi dan kualiti premium yang diperlukan oleh jenama itu.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…