Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio 2020 dapat warna baharu - Montreal Green

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua bulan yang lalu, Alfa Romeo telah membawakan dua buah versi sedan berprestasi tinggi yang lebih serius, iaitu Giulia GTA dan GTAm dengan resepi diet yang lebih ringan dan lebih berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi mereka yang tidak menginginkan Giulia yang agak agresif itu, terdapat versi kemaskini yang dibawakan oleh Alfa Romeo untuk sedan pacuan roda belakang tersebut.

Versi Quadrifoglio yang dibawakan kali ini menampilkan beberapa pembaharuan yang difahamkan menyerupai perubahan yang ada pada model Quadrifoglio pasaran Amerika Syarikat pada tahun lalu.

 


Ia merangkumi peningkatan terhadap paparan digital sebelah pemandu, ruang konsol tengah yang diubah semula, serta naik taraf kepada bantuan pemanduan.

Versi Quadrifoglio ini bukan sahaja tertakluk kepada sedan Giulia, malah SUV Stelvio juga turut sama menerima kemaskini yang serupa untuk pasaran Eropah.

Kedua-dua model didatangkan dengan ciri lampu belakang LED dengan kesan 'terbakar', dan kemasan berkilat untuk lencana luaran.

 


Beberapa warna pilihan turut ditawarkan termasuklah Rosso 6C Villa d'Este, Ocra GT Junior dan warna menawan Montreal Green.

Tidak dilupakan, ciri opsyen yang ditawarkan iaitu sistem ekzos Akrapocic yang diperbuat daripada titanium dan digandingkan dengan tip gentian karbon di mana menurut Alfa Romeo, "sistem ini mampu memberikan not ekzos yang lebih baik".

 


Sementara itu, ruang dalaman juga turut menerima beberapa kemasan baharu seperti roda stereng dan tombol gear balutan kulit, tali pinggang keledar berwarna hijau dan opsyen kerusi berkuasa elektrik.

Sistem infotainmen bersaiz 8.8 inci itu pula kini mengintegrasikan Performance Pages - ciri paparan khas yang menunjukkan status kenderaan masa nyata seperti tekanan turbo, kuasa yang digunakan, suhu mekanikal, takometer digital dan penunjuk tahap kelajuan.

 


Tidak seperti versi Giulia GTA yang telah dipertingkatkan kuasanya, Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio masih kekal dengan nadi 2.9 liter turbo berkembar dengan angka output sekitar 505 kuasa kuda sahaja.