Alfa Romeo Giulia Carabinieri ini mampu bertahan di bawah serangan peluru

oleh Mohamad Hanif|
Sejak tahun 1951, Alfa Romeo menjadi pembekal kenderaan utama untuk pasukan tentera polis Itali (Carabinieri) dimulakan dengan model 1900 M Matta dan 1900 Sedan, diikuti oleh model-model lain seperti 90, 75, 155, 156 dan 159.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menyertai barisan kenderaan baharu untuk pasukan Carabinieri adalah kereta Alfa Romeo Giulia yang dipasang dengan kelengkapan perisai.

Dari segi luaran, Alfa Romeo Giulia ini menerima layangan warna ikonik Carabinieri berwarna biru gelap, bumbung putih serta aksen merah.

 


Namun disebalik wajah yang biasa dilihat itu, Alfa Romeo Giulia ini sebenarnya menerima kelengkapan perlindungan terhadap tangki bahan api, senjata, pemegang baton, vest kalis peluru, sistem komunikasi radio, lokap kecil, serta lampu LED pada cermin sisi.

Untuk memastikan keselamatan petugas, Giulia ini turut dipasangkan dengan kelengkapan perisai spesifikasi B4 yang mampu menahan serangan peluru setaraf .44 Magnum.

Namun dari segi kuasa, Alfa Romeo Giulia ini hanya didatangkan dengan enjin 2.0 liter yang menghasilkan 200 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

 


Giulia yang paling berkuasa pernah diterima oleh Carabinieri adalah pada tahun 2016, menerusi model Giulia QV dengan enjin 2.9 liter turbo berkembar V6 yang menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.