Alfa Romeo, DS, Lancia bakal jadi jenama EV sepenuhnya 2027

oleh Mohamad Hanif|
Tiga jenama automotif yang bernaung di bawah Stellantis bakal berubah menjadi jenama elektrik sepenuhnya dalam masa beberapa tahun akan datang.

Dalam satu sesi pembentangan prestasi jualan untuk separuh pertama tahun 2021, Stellantis turut mensasarkan jenama premium seperti Alfa Romeo, DS Automobiles dan Lancia menjual kenderaan elektrik sahaja.

Jenama Lancia yang pada ketika ini hanya mempunyai satu model sahaja bakal menawarkan beberapa buah model hibrid dan EV bermula tahun 2024, manakala jenama DS Automobiles pula akan melancarkan EV sahaja pada tahun yang sama.

 

stellantis


Sementara jenama Alfa Romeo yang kini hanya mempunyai dua model sahaja (sedan Giulia dan SUV Stelvio) akan menambah sebuah lagi model crossover kompak baharu Tonale pada tahun 2022, dan bakal menjual 100 peratus kenderaan bateri elektrik pada tahun 2027.

Alfa Romeo akan turut memfokuskan tumpuan kepada tiga pasaran utama, iaitu Eropah, Amerika Utara dan China.

Dalam masa 24 bulan akan datang, Stellantis akan melancarkan 20 model baharu, di mana separuh daripadanya merupakan model EV diikuti oleh sembilan model plug-in hybrid (PHEV).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Jentera lagenda itu mencipta nama apabila menjuarai kejohanan DTM 1993, dan kini semangatnya…
Berita Global
Selepas hampir enam tahun meninggalkan segmen tersebut sejak pengeluaran Giulietta dihentikan pada…
Berita Global
Kerjasama Dunia Automotif dan Pelayaran Itali Giulia Quadrifoglio Luna Rossa bukan sekadar edisi…