Alfa Romeo dan Jeep Bakal Kembali ke Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita baik bagi peminat tegar Alfa Romeo dan Jeep, dua jenama ikonik itu bakal kembali secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, dalam satu temubual bersama paultan.org.

Namun, kemunculan semula dua jenama ikonik ini tidak akan diuruskan secara terus oleh Stellantis Malaysia, sebaliknya, ia akan dijalankan melalui "model hibrid" dengan konsep “boutique style”, sesuai dengan jumlah jualan yang kecil.

“Saya mahu dua tahun pertama ini fokus kepada perniagaan gaya butik, bukan pasaran massa. Lepas itu, mungkin Stellantis akan ambil alih sepenuhnya,” jelas Yeo.

Stellantis Malaysia kini memberi tumpuan penuh kepada Leapmotor sebagai jenama utama, sementara Alfa Romeo dan Jeep pula dijadikan “niche players” untuk memastikan syarikat kekal relevan di pasaran tempatan.

Model yang dijangka akan kembali bersama Alfa Romeo ialah sedan Giulia, SUV Stelvio, Tonale (saingan BMW X1), dan Junior (SUV kompak dengan pilihan EV).

Sementara jenama Jeep pula dijangka hadir bersama model Wrangler, Compass (seteru Peugeot 3008), Cherokee generasi keenam dengan enjin hibrid 1.6T, serta Wagoneer S (SUV EV global pertama Jeep).

Berdasarkan sejarah di Malaysia, Alfa Romeo sebelum ini diedarkan oleh Sime Darby sehingga 2013, dengan model terkenal seperti 159, GT, Brera dan Spider.

Jeep pula pernah dikendalikan oleh DRB-Hicom dari 2014 hingga 2017, manakala lebih lama dahulu dikenali dengan edaran City Motors dan MBF.

Walaupun harga model CBU ini tidak akan mampu menyaingi kereta Jepun atau Jerman premium CKD, peminat yang mahukan sesuatu berbeza kini akan ada pilihan dengan jualan rasmi dan sokongan selepas jualan.

 

Sumber: paultan.org

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama Dunia Automotif dan Pelayaran Itali Giulia Quadrifoglio Luna Rossa bukan sekadar edisi…
Berita Global
Punca Masalah Masalah ini berpunca daripada pam bahan api yang rosak akibat komponen dalaman…
Berita Domestik
Dalam bidang automotif, Goh dikenali menerusi dua entiti utama di Malaysia iaitu Goh Brothers,…