Alfa Romeo 'bunuh' portfolio kereta sports demi SUV

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan segmen SUV merupakan sumber kewangan yang paling bernilai di abad ini, pengeluar kereta seperti Alfa Romeo juga mahu memfokuskan tumpuan terhadap segmen tersebut demi kelangsungan perniagaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, menurut Auto Express UK, Alfa Romeo mahu menghentikan segala pembangunan terhadap model supercar 8C dan juga kereta sports GTV demi memberikan laluan kepada barisan model SUV baharu. 

Fokus akan diberikan kepada dua model baharu, iaitu sebuah SUV segmen B dan juga SUV segmen C yang kini bersedia memasuki fasa produksi, iaitu Alfa Romeo Tonale. 

Alfa Romeo Tonale akan mula memasuki pasaran menjelang tahun 2021, manakala adik baharunya akan menyusul tahun 2022. 

Tidak dilupakan, model sedia ada seperti Giulia dan Stelvio akan diberikan kemas kini pertengahan kitaran pada tahun 2021, manakala model seperti Giuletta berkemungkinan besar akan turut dihentikan. 
 


Ini bermakna, daripada tujuh model yang dirancang sebelum ini, hanya empat sahaja yang berjaya meraih tempat di hati pihak pengurusan Alfa Romeo. 

Menurut Alfa Romeo berdasarkan laporan tahunan suku ketiga, projek 8C dan GTV telah dibatalkan bagi mengimbangi kembali kewangan syarikat serta meletakkan jenama Alfa Romeo selari dengan trend pasaran semasa. 

Mereka juga turut mengumumkan trenkuasa plug-in hybrid akan tersedia untuk SUV Tonale manakala SUV segmen B baharu itu akan menerima trenkuasa elektrik sepenuhnya - menjadikannya EV pertama yang memakai lencana Alfa Romeo. 
 


Alfa Romeo GTV pada asalnya merupakan sebuah Giulia dua pintu dan empat tempat duduk yang disasarkan bersaing dengan BMW 4 Series, dengan model tertinggi Quadrifoglio memiliki pacuan semua roda berkuasa 600 bhp. 

Manakala Alfa Romeo 8C pula dikatakan bakal memiliki casis gentian karbon yang menjadi perumah kepada nadi V6 turbo berkembar berkuasa 700 hp, dibantu dengan motor elektrik pada gandar hadapan. 

Sumber gambar: Car Magazine

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…