Alfa Romeo bakal kembali!

oleh Qalif Latif|
Red Rock & Rosso Motor (Red Rock), syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia Goh Kian Sin, telah dipilih sebagai pengedar rasmi baharu bagi jenama Alfa Romeo dan Jeep di Singapura dan kemungkinan besar di Malaysia juga.

Dalam bidang automotif, Goh dikenali menerusi dua entiti utama di Malaysia iaitu Goh Brothers, yang mempunyai rangkaian pengedar jenama Audi, BYD, Lexus, Proton, Toyota dan Volkswagen, serta Didi Group, pengedar motosikal untuk jenama seperti Aprilia, Harley-Davidson, Triumph, Vespa dan Royal Enfield.


Adakah dengan perlantikan agen pengedar di Singapiura jenama-jenama Eropah seperti Alfa Romeo dan Jeep bakal kembali aktif dan tidak mustahil akan menjejakkan semula kaki ke Malaysia di bawah naungan pengedar yang sama.

Berikut adalah pautan ke artikel asal yang dilaporkan oleh The Business Times mengenai pelantikan Red Rock & Rosso Motor sebagai pengedar rasmi Alfa Romeo dan Jeep di Singapura:

🔗 Car dealer with links to Malaysia’s Goh Brothers automotive group to be agent for Alfa Romeo, Jeep in Singapore

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama Dunia Automotif dan Pelayaran Itali Giulia Quadrifoglio Luna Rossa bukan sekadar edisi…
Berita Global
Punca Masalah Masalah ini berpunca daripada pam bahan api yang rosak akibat komponen dalaman…
Berita Domestik
Perkara ini disahkan oleh Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, dalam satu temubual bersama…