Alexander Nanta Linggi - Kenderaan berat lebih had muatan punca utama kerosakan jalan

oleh Penyumbang Rencana|
foto KKR
Kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan menjadi punca utama kerosakan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Justeru beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi jawatankuasa khas berkaitan isu muatan melebihi had itu, kini sedang berbincang bagi mengatasi masalah berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

"Kenderaan berat satu punca yang jelas merosakkan jalan...Sebab itu ada had muatan, namun masih ada yang melanggar peraturan.

"Ketua Setiausaha dan pegawai daripada KKR dan MOT sedang melihat bagaimana menangani isu ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan trafik di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) di sini, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media bahawa kenderaan berat yang membawa muatan melebihi 10 peratus daripada berat dengan muatan (BDM), boleh menyebabkan jangka hayat jalan raya menurun sehingga 50 peratus.

Nanta berkata, beliau menemui pihak syarikat konsesi itu di Melaka pada Rabu lepas dan mengarahkan mereka segera menyediakan laporan berikutan kematian Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nur Alif Ikhwan, 16, akibat kecederaan parah di kepala serta badan selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam pada itu, Nanta berkata, kesiapsiagaan pelbagai agensi bagi menghadapi pertambahan kenderaan di semua lebuh raya utama sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka disambut pada Isnin depan, berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, Nanta berkata, pihaknya belum menerima laporan terperinci daripada syarikat konsesi mengenai kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar adik-beradik di Kluang, Johor baru-baru ini.

Semasa tinjauan itu, Nanta turut menerima taklimat daripada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun dan Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, selain beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pengguna yang berhenti berehat di jejantas itu.

LLM menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan, iaitu sebanyak 2.1 juta di lebuh raya di bawah PLUS, Lebuhraya KL-Karak (216,000), Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (176,000), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (156,000) dan LPT2 (70,000).

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuh dasar keselamatan jalan raya. "Kami komited…
Berita Domestik
"Apabila kenderaan berat berada di lorong paling kanan, ini bermakna mereka memandu melebihi had…
Berita Domestik
Langkah ini dilaksanakan di bawah peruntukan Kaedah 4A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, yang…