Alexander Nanta - Guna bahan turapan lebih kukuh naik taraf jalan Pelabuhan Klang

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dicadangkan menggunakan bahan turapan lebih kukuh atau berdaya tahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi memastikan permukaan jalan lebih kukuh kerana menjadi laluan utama kenderaan berat berulang-alik ke Pelabuhan Klang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Setakat ini ia masih dalam peringkat perancangan dan projek ini dah dikenal pasti dan disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025, jadi peruntukan sudah ada untuk kita memulakan projek ini.

"Kita tahu jalan di kawasan pelabuhan ini dilalui oleh kenderaan berat seperti lori kontena, trak yang berat muatannya.

"Jadi bila kita buat infrastruktur, kita kena pastikan ia adalah terbaik yang boleh menampung keperluan itu," katanya pada Majlis Perasmian Tapak Latihan Kren Menara Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah di Jenjarom pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 sebelum ini mengumumkan sebanyak RM107 juta diperuntuk bagi pembinaan serta menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dalam memacu sektor logistik negara.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
MoU itu menggariskan kerjasama menyeluruh di antara semua pihak bagi mengukuhkan perkongsian…
Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport…