Alex Yoong dilantik sebagai perunding Team Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Bekas pemandu Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong dilantik sebagai perunding pasukan Team Malaysia untuk Sukan Permotoran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) 2019, demikian diumumkan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) pada Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan MAM, Alex akan bertanggungjawab dalam soal pemilihan pemandu dengan senarai pemandu dijangka diumumkan dalam masa dekat.

Acara tahunan tersebut di Litar Vallelunga, Rome, Itali, dari 1 hingga 3 Nov ini, akan menyaksikan penyertaan enam negara dalam enam acara dengan tiga pasukan terbaik akan dianugerahkan pingat emas, perak dan gangsa.Juara keseluruhan akan ditentukan menerusi jumlah pungutan pingat.

Acara tersebut akan mempertandingkan enam piala rebutan iaitu GT, Touring Car, Drifting, F4, Karting Slalom dan Piala Digital.

Temasya sukan permotoran itu diperkenalkan susulan kejayaan Piala GT Nations di Litar Antarabangsa Bahrain, tahun lalu di mana Team Malaysia, diwakili pemandu kelahiran Sarawak, Zen Low dan pemandu yang berasal dari Kuala Lumpur, Mitchell Cheah, menamatkan saingan di tempat kelapan daripada 20 pasukan negara yang bersaing.

Pasukan Team Malaysia pada pertandingan itu dikendalikan oleh Axle Motorsports yang diasaskan oleh Alex.

Sebelum ini, FIA tidak mengiktiraf acara berasaskan pasukan negara sehingga Piala GT Nations berlangsung di Bahrain, Disember tahun lalu.

-- BERNAMA
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Walaupun beliau merupakan muka baharu dalam siri perlumbaan tersebut, Alister terpaksa bersaing di…
Sukan Bermotor
Pasukan yang dipimpin oleh pelumba negara, Alex Yoong itu telah dipilih sebagai salah satu daripada…
Informasi
  Antara pasukan yang dijadual memberi saingan sengit adalah Toyota Gazoo Racing yang…