Alessandro Dambrosio - Bekas Ketua Pereka Alfa Romeo, Maserati dan VW sertai Mitsubishi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Motors Corporation (MMC) sekarang ini sedang bangkit. Model terbaru seperti Expander menerima sambutan hangat di Indonesia sehingga pernah memintas tempahan Toyota Avanza.

Mitsubishi juga sekarang ini berada di bawah gabungan Renault-Nissan.

Baru-baru ini kami ada melaporkan tentang MMC yang berjaya mencatat peningkatan keuntungan syarikat sebanyak 36 peratus hasil pertambahan jualan.

Keuntungan operasi naik kepada US$253.9 juta untuk suku fiskal pertama yang berakhir 30 Jun lalu, berbanding dengan US$186.1 juta pada waktu yang sama tahun lalu.

Ini pula kesinambungan yang positif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MMC

 

MMC pada 25 Julai telah mengumumkan perlantikan Alessandro Dambrosio ke jawatan Pengarah Eksekutif Reka Bentuk Termaju.

Beliau akan menerajui tiga studio rekaan iaitu di Okazaki, Tokyo, Jepun dan Frankfurt, Jerman.

Alessandro melapor terus kepada Naib Presiden Korporat Divisyen Reka Bentuk, Tsunehiro Kunimoto.

Menarik tentang Alessandro ialah pengalaman kerjanya yang hebat. Beliau berasal dari Milan, Itali dan memulakan kerjaya dengan Fiat di Centro Stile Lancia dan pernah menduduki jawatan sebagai Ketua Pereka di Alfa Romeo selama lapan tahun.

 

MMC

 

Beliau kemudiannya memegang jawatan Ketua Maserati Design sebelum menyertai Kumpulan Volkswagen sebagai Ketua Studi Rekaan Konsep Audi di Munich.

Menurut laporan laman web carbodydesign.com, Alessandro pernah terlibat dalam projek hebat seperti  Alfa Kamal, 159 dan Giulietta, Maserati MC dan Grancabrio.

Semasa berkhidmat dengan Kumpulan VW pula, beliau pernah terlibat dalam projek VW Polo dan Passat, Bentley Bentayga, Audi A4 dan A5 serta kereta konsep Audi TT Sportback.

MMC walaupun sudah menemui rentak dengan gayaan Dynamic Shield tetapi masih memerlukan sesuatu yang dikongsi oleh model-model di atas iaitu flair atau mungkin juga suntikan Itali supaya tidak nampak terlalu keras dan bersegi.  

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MMC