
Tidak seperti praktis biasa yang menggunakan salinan gentian karbon, alat ganti warisan menggunakan bahan asli bagi menghasilkan bampar depan dan belakang Lancia Delta Integrale.
Bampar tersebut dibuat menggunakan empat set perkakasan asli yang ditemui terbiar di kilang San Benigno. Sebelum boleh digunakan, perkakasan itu diperiksa dan diselenggara yang kini digunakan sebagai proses acuan standard bagi menghasilkan bampar.
Proses itu bermula dengan pembijian plastik yang disuntik pada suhu tinggi melalui tekanan ke dalam bekas untuk menghasilkan bahagian diperlukan.

Bampar Lancia Delta Integrale dibuat menggunakan polymer thermoplastic (POCAN S1506). Ia mempunyai rintangan haba yang tinggi, kekuatan dan kekerasan, kerentanan rendah terhadap keretakan tekanan dan penyerapan lembapan yang rendah.
Untuk Delta Integrale Evoluzione, bamparnya diperbuat daripada polymer thermoplastic (Xenoy CL101). Bahan itu mempunyai rintangan pelarut yang sangat baik dan lembut walaupun pada suhu rendah. Ia juga elok dalam aplikasi cat luar.
Kesemua bampar yang dipesan akan dihantar dengan penjenamaan ‘Lancia Classiche'. Dari segi harga, bampar depan bermula dengan £1,170 (RM6,384) dan £1,035 (RM5,642) untuk belakang.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
