Alasan lelaki Miami ini memandu laju? "Ia sebuah Ferrari!"

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang lelaki ditahan di Florida atas kesalahan memandu melebihi had kelajuan dengan sebuah Ferrari ahad lalu. 

Menurut pegawai polis yang bertugas, pemandu Ferrari yang berusia 29 tahun itu, Gabriel Molina dikesan memandu dengan kelajuan 75 batu sejam (120 km/j). 

Namun, apabila Molina mengesan kehadiran pihak polis, dia cuba memecut sepantas 100 batu sejam (160 km/j) sambil menutup kesemua lampu utama Ferrarinya. 

Tindakan pantas pihak polis Monroe County Sheriff berjaya menahan Molina di stesen minyak dengan mudah tanpa sebarang pergelutan. 

 


Ketika ditanya, alasannya cukup mudah "Kereta ini sebuah Ferrari, dan ia pantas!"

Menurut kenyataan daripada pihak polis lagi, teman wanita Molina ada memberitahunya supaya berhenti apabila mendengar bunyi siren polis namun tidak diendahkan. 

Pihak polis walaubagaimanapun tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap teman wanitanya. 

Sebelum ini, Molina juga didapati mempunyai rekod lampau - kesemuanya disabitkan dengan memandu melebihi had laju dengan jumlah saman sehingga $2,411 (RM9,988) atas kesalahan yang pelbagai. 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, sepanjang tempoh operasi itu juga, pihak JPJ turut menerima 3,440 kes pelbagai…
Berita Global
Had laju di kawasan itu ialah 55mph (88.51km/j), kata polis negeri. Video berdurasi 18 saat itu…
Berita Domestik
Tun Mahathir meminta pengguna jalan raya agar tidak tergesa-gesa dan memandu dengan cermat. "Jika…