Alasan bercerai - isteri makan dalam kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata di parlimen bahawa statistik menunjukan antara sebab remeh kes penceraian perkahwinan ialah suami tidak gemar isteri makan di dalam kereta.

Data Jabatan Kehakiman Syariah mendapati pasangan muda banyak bercerai atas faktor-faktor remeh.

Selain dari makan dalam kereta, alasan remeh lain ialah isteri suka ikuti rombongan, isteri suka membasuh baju di waktu malam dan berbeza fahaman politik.

Ingin Careta tegaskan di sini bahawa isu makan dalam kereta bukanlah isu yang remeh. Menurut kajian sebuah syarikat di England, 48 peratus pemandu wanita di sana mengaku kabin kereta mereka kotor berbanding dengan hanya 35 peratus lelaki yang mengaku perkara yang sama.

Di bawah ialah beberapa sebab kenapa isteri harus memandang serius pada larangan makan minum di dalam kereta:

  1. Sisa makanan/minuman akan menyebabkan semut dan lipas hadir di dalam kereta. Ia mengambil masa yang lama dan memakan belanja yang besar untuk dibersihkan.
  2. Di Malaysia, hampir semua orang menggunakan pendingin hawa bila berada di dalam kereta. Sisa makanan akan berkulat dan oleh kerana kabin sentiasa ditutup dan udara luar dihalang dari masuk, kulat akan mudah masuk ke dalam sistem tubuh badan. 
  3. Udara kabin kereta yang tidak bertukar itu juga menyebabkan kuman dari lipas sampai ke tubuh kita. 
  4. Makanan berminyak akan meninggalkan kesan pada tempat duduk dan karpet. Harga terpakai akan jatuh merudum jika kabin kereta kotor.
  5. Jika si suami sayangkan keretanya, hormat minat beliau kerana beliau cuma mahukan persekitaran yang bersih dan sihat untuk keluarganya, termasuk anda.
  6. Perempuan yang makan di dalam kereta sebenarnya menunjukan bahawa tidak semestinya lelaki lebih pengotor dari perempuan. Oleh kerana itu, buktikan wanita lebih bersih.

Careta harap agar pihak suami berkongsi artikel ini dengan isteri-isteri yang sering makan di dalam kereta seolah-olah mahu sedang berkelah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Gaya Hidup
Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan…
Berita Global
Tindakan lelaki itu kemudian memaksa isterinya berjalan sejauh lebih 19.31 km untuk meminta bantuan…