Alas kaki jenis "coil" - lebih banyak buruk dari baik!

oleh SALINA JALIL|
Alas kaki kenderaan adalah antara perkara pertama yang dibeli oleh pemilik kenderaan baharu, selepas filem penapis haba (window filem tint) dan pewangi kenderaan.


Tidak ada banyak pilihan yang wujud dan jika kita ke mana-mana kedai aksesori, yang syorkan kepada kita ialah alas kaki kenderaan jenis "coil".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ia paling mudah untuk dijual oleh kedai-kedai aksesori kerana satu gulung alas kaki "coil" boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, termasuk skuter.

 

Cuma gunting alas kaki itu mengikut bentuk dan ia sudah boleh digunakan. 

 

Harganya juga bergantung kepada bahan yang digunakan dan keberanian kedai untuk meletakkannya.

 

Ada yang benar-benar mahal, dan ada yang mahal tapi hanya bagus untuk memberikan kita dosa kering akibat menyumpah seranah kerana masalah yang diberikan.

 

Di bawah kami senaraikan masalah-masalah yang kami sendiri hadapi setelah menggunakan alas kaki kenderaan jenis "coil".

 

 

Menggelungsur 

Ini menjadi masalah kerana selepas beberapa minit memandu, alas kaki itu menggelungsur ke hdapan.

Ada yang mempunyai titik timbul yang kononnya mampu "memegang" alas kaki itu agar tidak bergerak dan ada yang mempunyai cangkuk ala "velcro", tetapi yang pasti, walaupun ada kedua-dua fungsi itu, kami masih terjumpa yang tetap suka menggelungsur.

 


Terlipat (sangat merbahaya)


Ada yang terlalu nipis dan mudah terlipat bila menggelungsur.

Ini adalah satu perkara yang merbahaya kerana bahagian yang terlipat itu boleh berada di bawah pedal brek dan anda tidak dapat memberhentikan kenderaan anda.

Toyota pernah melakukan panggil-semula akibat kejadian ini dan banyak jenama kenderaan mula menggunakan alas kaki dengan lubang yang dicangkuk ke penyangkut di lantai kereta.

Untuk alas kaki kenderaan "coil", lupakan sahaja fungsi cangkuk dan penyangkut itu.

 

too dirty

 

 

Berbau


Oleh kerana alas kaki kenderaan "coil" ini sering datang dalam jenama-jenama yang tidak dapat dikenal-pasti, tidak ada proses penyelidikan sebenar dilakukan.


Kami pernah terjumpa dengan alas kaki kenderaan "coil" yang mempunyai bau plastik yang kuat.


Kami juga pernah terjumpa alas kaki kenderaan "coil" yang hanya berbau plastik bila kenderaan diparkir di tengah panas.
 

 

 

Memerangkap debu dan habuk


Alas kaki jenis "coil" sebenarnya berasal dari alas kaki untuk rumah/bangunan dan diletakkan di luar pintu.

Ia digunakan untuk memerangkap batu kecil dan pasir serta kotoran agar tidak dibawa masuk ke dalam rumah.

Kekotoran dan debu akan melekat di dalam perangkap "coil" itu dan sukar untuk membuangnya, dan kerana itu ia diletakkan di luar rumah.

Untuk alas kaki kenderaan "coil", kita buang segala kekotoran itu dan alas kaki itu dibiarkan di DALAM kenderaan kita.

Bijak bukan? 

Silap-silap, debu tanah kubur dua tahun lepas masih ada di dalam perangkap "coil" itu.

 


Tidak mampu menakung air


Alas kaki kenderaan "coil" memang direka untuk memerangkap kekotoran jenis pepejal seperti batu, pasir dan sebagainya.


Ia tidak mampu untuk menakung air dan oleh kerana itu, di musim hujan, karpet kenderaan anda tetap basah.

 

 

Menyimpan kelembapan


Selain dari mampu memerangkap kekotoran, alas kaki kenderaan "coil" juga sangat mahir dalam memerangkap kelembapan di dalam "coil" itu.


Kerana itu, kereta anda berbau kepam seperti asrama pelajar lelaki di sekolah.
 

 

 

Menjadi sarang kuman, bakteria dan kulapuk


Ini adalah masalah paling besar dengan alas kaki kenderaan "coil".


Oleh kerana ia mampu menyimpan kekotoran dan kelembapan dalam jangka masa panjang, ia menjadi sarang untuk segala alergen, kuman, bakteria dan kulapuk.


Kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan pendingin hawa kenderaan dan alas kaki "coil" ini menjadi perumah paling mewah untuk kuman-kuman.

 

 

Ketebalan yang tidak sesuai


Alas kaki kenderaan "coil" yang mahal selalunya tebal kerana ia memberikan anda impresi bahawa ia "bagus".


Ini mungkin kepercayaan yang telah ditanam setelah bertahun-tahun membeli permaidani dari abang-abang Pakistan dengan bayaran ansuran yang memudahkan.


Sayang sekali, permaidani rumah tidak perlu memikirkan pergerakan pedal-pedal klac, brek dan pendikit.


Sudah banyak kali terjadi alas kaki kenderaan "coil" yang tebal menyebabkan klac tidak dapat ditekan sehingga habis, pelumba kalah race dengan Myvi kuning kerana pendikit tidak dapat rapat ke lantai akibat alas kaki yang terlalu tebal dan paling bahaya, pedal brek tidak dapat ditekan habis.

 

 

Kualiti tidak terjamin dan harga yang tidak terkawal


Ini adalah masalah yang paling menyampah kerana kita terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk melihat jenis-jenis kualiti dan harga-harga untuk alas kaki kenderaan "coil".


Ada yang baik dan dijual dengan harga tidak begitu mahal, ada yang murah tapi "digoreng" oleh taukeh kedai agar anda membayar lebih.


Anda juga tidak boleh kenalpasti jenama apa dan model apa yang bagus kerana majoriti alas kaki kenderaan "coil" TIDAK ADA JENAMA.

 

 

Untuk memastikan pembaca Careta tidak ditipu atau tertipu, kami kongsikan satu produk tempatan yang bertaraf dunia, alas kaki kenderaan Trapo.

 

Ini ialah antara sebab-sebab kenapa Trapo jauh lebih baik:

 

i.  Ia tidak menggunakan bahan PVC yang menghasilkan bau atau kimia penyebab barah

 

ii.  Corak yang digunakan mampu memerangkap habuk, debu, kekotoran dan juga air dengan lebih baik.

 

iii.  Ia sangat mudah dibersihkan dan cepat kering.

 

iv.  Ia tidak akan menggelungsur kerana ia direka khusus mengikut model-model kenderaan (contohnya, bentuk alas kaki Trapo untuk Myvi dulu tidak sama dengan Myvi sekarang).
 

 

TRAPO Mark II dan TRAPO HEX menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries Co Ltd yang mampu membunuh 99 peratus bakteria.

 

Trapo menghalang bakteria dari membiak di atas alas kaki Trapo itu dan membunuhnya, memberikan anda alas kaki yang lebih bersih dan lebih baik untuk kesihatan penumpang kenderaan.

 

Trapo Asia menghasilkan produk alas kaki untuk kenderaan-kenderaan dan popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

 

 

Syarikat Trapo dimulakan oleh dua beradik, Tzong Lee dan Zare Lee dalam tahun 2016. Ia mempunyai kilang di Alor Gajah, Melaka dan menghasilkan alas kaki untuk 500 model kenderaan.

 

Sebanyak enam peratus kenderaan baharu di Malaysia menggunakan produk Trapo dan ia telah menjual lebih dari 80,000 set alas kaki.

 

Alas kaki Trapo bermula dari RM99.90 sehingga kepada RM899.90, bergantung kepada model kenderaan dan diberikan waranti mengikut varian yang dipilih.

 

Untuk informasi lebih lanjut dan juga untuk membuat pembelian online, layari https://my.trapo.asia/

 

Jangan lupa, untuk pembaca Careta, gunakan kod CARETA10 dan anda akan menerima diskaun sebanyak 10 peratus tetapi jika ditempah sebelum 29 Disember 2019!
 

 

hex
TRAPO HEX

 

classic
TRAPO CLASSIC MARK II 

 

ECO
TRAPO ECO

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…
Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…
Berita Domestik
Ia menghalang bakteria dari membiak di atas alas kaki Trapo itu dan membunuhnya, memberikan anda…