Alas kaki getah terlipat punca kemalangan rempuh tiga gerai makanan dan kereta

oleh SALINA JALIL|
Alas kaki getah berlipat di bawah pedal brek menjadi punca sebuah kereta hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta lain dan tiga gerai makanan di Jalan Taman Mesra, dekat Kajang, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata kemalangan pada jam 3 petang itu turut mengakibatkan seorang peniaga cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun yang mahu keluar dari kawasan parkir tiba-tiba hilang kawalan kerana masalah brek lalu panik dan langgar sisi kiri depan kereta Honda City yang diparkir serta tiga gerai.

 

"Wanita berusia 39 tahun yang juga pemandu Honda City itu turut mengesahkan alas kaki getah itu berlipat selepas membuat pemeriksaan dalam kereta Proton Saga berkenaan.

 

"Dua pemandu tidak cedera namun seorang peniaga melecur belakang badan akibat terkena minyak panas susulan kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sebelum ini, video berdurasi seminit 52 saat tular di media sosial antara lain menunjukkan beberapa khemah gerai makanan rosak dan berselerak akibat insiden itu.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perjanjian itu bakal mewujudkan kerjasama strategik antara kedua syarikat, dimana pemilik kereta…
Informasi
Namun begitu satu kajian saintifik yang dilakukan menunjukan ia tidak benar langsung.  Menurut…
Berita Global
  “Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama…