ALAMI PENGALAMAN #SUVW TIGUAN HUJUNG MINGGU INI

oleh Mohamad Hanif|
Anda seorang ketua keluarga? Sedang pening menimbang dan menilai pilihan SUV terbaik untuk kegunaan seisi rumah?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hujung minggu ini (17-18 Disember 2022), Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ingin menjemput anda semua ke pusat pameran Volkswagen yang berhampiran untuk melihat dengan lebih dekat penawaran model SUV tiga baris tempat duduk Tiguan Allspace.

SUV Volkswagen yang laris terjual di seluruh dunia itu kini didatangkan dengan naiktaraf kelengkapan yang lebih moden serta digandingkan dengan rekaan luaran yang lebih kontemporari, seperti contoh jalur LED bercahaya pada jeriji hadapan.

Tidak ketinggalan, ruang kargo besar yang mampu memuatkan barangan sehingga 1,775 liter. Jadi, antara tiga varian Tiguan Allspace yang ada, mana satu yang lebih sesuai dengan gaya hidup anda?

 

Tiguan Allspace Life

Tiguan


Varian aras mula ini didatangkan dengan tanda harga bermula RM159,990, antara SUV tiga baris tempat duduk premium yang mampu milik.

Terima kasih kepada enjin 1.4TSI turbo dengan padanan transmisi DSG enam kelajuan, hamburan kuasa 150 PS dan 250 Nm itu tidak langsung mencederakan poket anda.

Ini kerana, Tiguan Allspace Life menawarkan bacaan penggunaan bahan api secekap 7.7 liter untuk setiap 100 km.

Biarpun berstatus 'entry-level', Tiguan Allspace Life ini langsung tidak kedekut kelengkapan. Anda boleh dapatkan roda stereng sports balutan kulit, kawalan iklim tiga zon Climatronic, serta sistem infohibur Discover Pro 9.2 inci dengan sokongan navigasi dan sambungan kepada peranti pintar nirwayar.

Aspek keselamatan juga tidak kurang hebatnya. Selain enam beg udara, Tiguan Allspace Life didatangkan dengan ciri seperti Bantuan Brek, Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), Lane Assist dan Driver Alert system turut didatangkan sebagai ciri standard.

 

Tiguan Allspace Elegance

Elega ce


Mahukan SUV yang lebih menonjol, pilih sahaja Tiguan Allspace Elegance.

Dengan harga jualan bermula RM188,990, varian Elegance ini lebih terserlah dengan kehadiran elemen krom pada bahagian luar, trim spesifik Allspace dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.

Selain itu, ia turut mendapat kelengkapan yang lebih mewah, seperti unit lampu LED penuh dengan lampu indikasi membelok dinamik, tempat duduk balutan kulit Vienna, kawalan iklim aktif, serta kerusi hadapan dengan larasan 12 cara.

Sepanjang perjalanan, pemandu akan ditemani dengan skrin TFT Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci dengan paparan yang jelas dan tajam, tanpa mengira siang atau malam.

Sama seperti varian Life, Tiguan Allspace Elegance mengekalkan enjin 1.4 liter turbo TSI yang berkuasa dan dalam masa yang sama menjimatkan bahan api itu.

 

Tiguan Allspace R-line 4MOTION

Tiguan


Pilihan untuk mereka yang mahukan sebuah SUV yang lebih berkuasa dan lebih tegap dari segi pemanduan.

Tiguan Allspace R-line ini menampilkan enjin 2.0 liter turbo TSI, menghasilkan kuasa setinggi 220 PS dan 350 Nm.

Kuasa disalur kepada sistem pacuan semua roda 4MOTION menerusi transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan, dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 8.6 liter/100 km.

Menjadikan varian R-line ini lebih istimewa adalah talaan khusus Dynamic Chassis Control (DCC) dengan empat mod pemanduan tambahan iaitu On-Road, Off-road, Off-road Expert dan Snow.

Selain daripada kemasan R-line pada ruang kabin, pemanduan anda akan diserikan dengan lantunan audio daripada sistem bunyi Harman Kardon 480-watt dengan 10 pembesar suara yang menawarkan ciri bunyi keliling.

Dengan treble sejernih kristal dan mendalam, serta kualiti bass yang diperkaya mampu menjadikan pengalaman audio anda sepanjang pemanduan yang lebih mengasyikkan.

Semua ini anda boleh dapatkan dalam satu pakej SUV sporti bernilai RM235,990.

 

Kempen #WeDriveFootball masih berlangsung!

we drive


Berita baik buat para pemilik dan pelanggan Volkswagen.

Kempen #WeDriveFootball yang dilancarkan sebelum ini masih lagi berlangsung, di mana ia menawarkan potongan harga sehingga 10 peratus untuk komponen seperti cakera brek, pelapik brek, pembersih cermin dan juga penyeka kaca.

Terdapat juga diskaun sehingga 20 peratus untuk produk seperti bateri dan tayar.

 

Alami pengalaman #SUVW hujung minggu ini!

Tigguan


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat pameran Volkswagen yang berdekatan pada 17 dan 18 Disember ini, dan memandu uji sendiri barisan SUV Tiguan yang dekat di hati anda.

Selain daripada pameran keluarga SUV Tiguan, anda juga akan disambut dengan hiasan istimewa bersempena dengan musim Piala Dunia Bola Sepak dan sambutan perayaan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pengunjung bertuah akan berpeluang membawa pulang barangan eksklusif #WeDriveFootball!

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web: https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-service/offers-and-products/service-promotions

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…