Alami kehebatan Ford Ranger di pameran bergerak Explore & Experience Ford Ranger

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan “Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger” yang akan berlangsung pada Februari sehingga Mac.

Berlangsung di bilik-bilik pameran yang mengambil bahagian, para pengunjung berpeluang menerokai dan mengalami sendiri teknologi pintar dan selamat yang meletakkan Ranger sebagai penanda aras industri dan memenangi pelbagai anugerah, antaranya dinobatkan sebagai Pickup Truck of the Year untuk 2018.

Terdapat juga peluang untuk menikmati promosi menarik untuk model terpilih Ford.

 

Pameran Bergerak ini juga turut disertakan dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti permainan plinko, itik getah dan sudut mewarna untuk hiburan kanak kanak.

Pengunjung yang menyertai pandu uji di sana akan turut berpeluang memasuki terowong angin untuk memenangi barangan menarik dan eksklusif dari Ford.

Tarikh dan lokasi Pameran Bergerak Ford Ranger Explore & Experience adalah seperti berikut: