Alami A4 baharu di acara Audi A4 IntenCity

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada bulan depan, jika anda tinggal di Ipoh dan Pulau Pinang, anda berpeluang untuk menikmati pengalaman acara menarik yang disediakan oleh Audi Malaysia.

AI

Ini sempena pelancaran tiga varian terbaharu Audi A4 di Malaysia, iaitu A4 1.4 TFSI, 2.0 TFSI dan A4 2.0 TFSI Quattro.

AI1

Jika anda mahu mengetahui tahap ketangkasan pemanduan model A4 baharu, terdapat litar pemanduan khas bagi mereka yang ingin mencuba pergerakan pengendalian seperti slalom, pecutan dan sistem brek ABS serta uji pandu.

AI2

Acara ini juga sesuai untuk seisi keluarga kerana ia menampilkan ruang khas untuk anda mengenali model A4 baharu, taman permainan sukan mencabar, ruang pengalaman Samsung Gear VR dan juga ruang penjualan barangan gaya hidup berjenama Audi.

AI3

Audi IntenCity bermula di Setia Alam pada 20-21 Mei dan akan berlangsung di Ipoh pada 4 Jun dan Pulau Pinang pada 10 Jun ini.

 

 

IntenCity Ipoh

Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (tempat letak kerana bersebelahan Impiana Hotel)

No. 14 , Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak.

Tarikh: 4 June 2017

Masa: 9am – 5.30pm

 

 

IntenCity Penang

Stadium Batu Kawan

14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Tarikh: 10 June 2017

Masa: 9am – 5.30pm

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…