Aktiviti ‘Ulat Teksi’ Khianati Kepentingan Negara – Anthony Loke

oleh Qalif Latif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa aktiviti ‘ulat teksi’ merupakan satu perbuatan yang mengkhianati kepentingan negara dan perlu dibanteras secara bersama oleh semua pihak.

Menurut beliau, masalah yang sudah berlarutan lebih 10 tahun ini masih berterusan, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, hingga mencemarkan imej negara di mata dunia.

Bayangkan pelancong tiba dengan semangat gembira untuk melancong, tetapi sebaik keluar dari lapangan terbang mereka ditipu dengan caj tambang RM300 hingga RM400 untuk ke Kuala Lumpur. Hakikatnya kos sebenar tidak sampai RM100. Bila mereka marah dan muat naik pengalaman itu di media sosial, imej negara terus tercalar,” katanya pada majlis pelancaran Tap, Travel and Discover di gateway@klia2, hari ini.

Anthony Loke menjelaskan, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap golongan terbabit termasuk saman, menyita kenderaan, serta mendakwa mereka ke mahkamah.

Tindakan ini bukan untuk menghalang orang mencari rezeki, tetapi biarlah ikut cara yang betul. Kalau mahu jadi pemandu pengangkutan, ambillah lesen. Kini proses sangat mudah, malah untuk pemandu e-hailing tidak perlu lagi ambil ujian teori Lesen Vokasional (PSV), cukup hanya dengan satu kursus ringkas,” katanya.

Tambah beliau, sektor pelancongan tidak mungkin berkembang tanpa sistem pengangkutan yang baik. Justeru, Kementerian Pengangkutan memberikan sokongan penuh kepada usaha memperkukuh sektor itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pengurusan KLIA2 juga dilihat proaktif dengan memperkenalkan pelbagai sistem baharu seperti aplikasi tempahan teksi, sistem giliran e-hailing, serta ruang menunggu yang lebih selesa.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati 'ulat' memujuk dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga…
Berita Domestik
Beliau berkata, kejayaan itu berjaya dilaksanakan di bawah Seksyen 227 Akta Pengangkutan Awam Darat…
Berita Domestik
Caj yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan sah seperti teksi lapangan terbang…