Aktiviti sukan permotoran dihentikan sementara di Terengganu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari World Orgs
Semua penganjuran acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak diarah dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa Sabtu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata tindakan itu susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang pelumba kereta drag Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin ketika menyertai perlumbaan Battle Of The Kings (BOTK) 2022 pada Sabtu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan supaya semua aktiviti di litar terbabit dihentikan serta-merta pada Sabtu dan akan dibuka semula selepas semua hasil laporan dan aspek keselamatan di litar ditambah baik.

 

"Kita jangka akan terima laporan berkaitan insiden terbabit daripada penganjur hari ini. Perjumpaan juga akan dibuat untuk mendengar sendiri tentang apa yang berlaku.

 

"Sebaik terima (laporan), kita akan kaji dan lihat aspek keselamatan yang perlu diperbaiki serta ditambah baik dari segi kemudahan dan penganjur sendiri," katanya selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) pada Ahad.

 

Menurut Wan Sukairi lagi, kerajaan negeri amat kesal dengan kejadian itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang pastinya terkesan dengan insiden terbabit.

 

"Dari segi permit kebenaran dan sebagainya tidak ada masalah, penganjur memang dah dapat kebenaran daripada pesuruhjaya sukan negeri," katanya.

 

Dalam kejadian Sabtu, pelumba drag dikenali Apeh Jamal, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.

 

 

Sinar Harian