Aktiviti berbasikal (Januari - Oktober) catat 137 kes kemalangan, 56 kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan

oleh SALINA JALIL|
Polis meningkatkan pemantauan terhadap penunggang basikal yang memilih beriadah di pusat pentadbiran kerajaan ini bagi memastikan mereka mematuhi peraturan lalu-lintas.


Ia bagi mengelakkan kemalangan maut yang menimpa seorang penumpang basikal baru-baru ini tidak berulang.
Modenas

 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya akan menggandakan operasi pemantauan di sekitar pusat kerajaan ini termasuk di kawasan menempatkan bangunan pentadbiran.

 

Katanya, dalam operasi pemantauan itu, polis tidak mengeluarkan sebarang saman berikutan masih di peringkat memberi pendidikan dan bimbingan kepada pengguna.

 

"Pemantauan ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua penunggang basikal mematuhi peraturan lalu-lintas," katanya ketika dihubungi.

 

Beliau menasihatkan, individu yang menjalankan aktiviti berbasikal memilih lokasi dan masa sesuai seperti di kawasan kurang kenderaan serta bukan waktu puncak.

 

Mohd Fadzil berkata, pemilik juga perlu memastikan peralatan dan basikal mempunyai ciri keselamatan terutama ketika mengadakan aktiviti pada waktu malam.

 

Putrajaya sememangnya menjadi pilihan ramai peminat sukan berbasikal yang menunggang di sekitar pusat pentadbiran ini termasuk pada waktu malam.

 

Sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 137 kes kemalangan membabitkan aktiviti berbasikal di jalan raya.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 56 kes membabitkan kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan.

 

Penunggang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu-lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

 

 

 

Harian Metro

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  "JSPT mengalu-alukan cadangan berkaitan masalah aktiviti berbasikal yang timbul sejak sekian…