Akta Persaingan 2010 perlu diperluaskan kepada isu pembatalan waranti kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Ketika diselongkar kembali berita tahun lalu, kebanyakan syarikat kenderaan di Singapura telah bersetuju untuk mengalihkan sekatan waranti serta dokumen yang berkaitan, seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS, kini dikenali sebagai Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura, CCCS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh CCCS, ia melahirkan kebimbangan terhadap sesetengah pengedar kenderaan yang memerlukan pelanggannya melakukan servis dan pembaikan di bengkel yang disahkan sahaja, bagi memastikan waranti tidak terbatal. 

"CCS telah berjumpa dengan beberapa wakil pengedar utama dan bekerjasama bagi memansuhkan sekatan tersebut daripada jaminan pengeluar (kepada kenderaan) serta beberapa dokumen yang dirasakan berkaitan," ujar wakil CCCS dalam satu kenyataan akhbar. 
 


Peraturan baharu tersebut telah dilaksanakan berkuatkuasa 31 Disember tahun lalu kini membenarkan para pengeluar kenderaan hanya dibenarkan untuk membatalkan jaminan atau menolak tuntutan sekiranya kerosakan yang dilaporkan itu berpunca daripada bengkel-bengkel luar. 

Sebelum ini menurut CCCS, sekatan yang dikenakan tersebut terbukti menghalang bengkel-bengkel bebas daripada bersaing secara terus dengan bengkel yang telah disahkan oleh para pengedar kenderaan. 

Keadaan itu sekaligus membatalkan pelindungan waranti terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melakukan servis di bengkel-bengkel bebas tersebut. 

Buat mereka yang tidak mengetahui, CCCS merupakan satu badan berkanun yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura yang diwujudkan untuk memantau dan menggalakkan persaingan pasaran yang sihat demi pembangunan ekonomi Singapura. 
 


Di Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MyCC mungkin boleh mencontohi apa yang telah dibuat oleh CCCS penghujung tahun yang lalu dan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 ini boleh diperluaskan lagi skop penglibatannya kepada bidang automotif dalam memastikan para pengguna di Malaysia mampu menikmati pilihan yang lebih meluas serta tidak terkongkong disebabkan faktor jarak, harga serta beberapa isu yang berkaitan. 

Melihatkan kepada perkembangan terkini MyCC seperti: 

  • isu penggabungan Uber dan Grab pada kenyataan bertarikh 12 Julai 2018
  • siasatan terhadap syarikat tayar atas kemungkinan perlakuan anti-persaingan pada kenyataan bertarikh 7 September 2018

Careta melihatkan perkembangan ini sebagai satu perkara yang positif dalam memastikan hak sebagai pengguna dan rakyat Malaysia lebih terjamin pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan, keputusan cadangan denda oleh MyCC itu dicemari…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
  Hal ini menyebabkan pengguna terikat dengan terma waranti yang lebih panjang, selain tidak…