Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 berkuatkuasa 23 Oktober, hukuman lebih tegas!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kemaskini yang dihantar menerusi Facebook rasmi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akhirnya membuat pengesahan bahawa Akta Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 akan berkuatkuasa bermula 23 Oktober ini setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pindaan tersebut merangkumi Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang melibatkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara  berbahaya, iaitu penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Pindaan juga dibuat terhadap Seksyen 44 akta yang sama yang melibatkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan  mengakibatkan kematian.

Mereka yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun dan didenda antara RM50,000 hingga RM100,000, dengan lesen memandu hilang kelayakan untuk tempoh 10 tahun bagi pesalah kali pertama.

Pindaan ini juga melibatkan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang dari RM100,000 dan denda maksimum RM150,000, serta lesen dibatalkan kelayakan selama 20 tahun, untuk kesalahan berikutnya.

RUU itu juga mencadangkan untuk mengubah had kandungan alkohol baru sebanyak 22 mikrogram dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100 ml darah dan 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.

Wee berkata, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 mengambil kira pandangan orang ramai melalui tinjauan yang dilakukan oleh kementerian yang melibatkan lebih daripada 345,000 responden, dengan 94 peratus setuju dengan hukuman yang lebih berat kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah akta baharu itu menyaksikan lapan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga…