Aksi "wheelie" kecundang, dipenjara 7 hari dan denda RM5,500

oleh SALINA JALIL|
Mahkamah Majistret di Tawau menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM5,500 kepada seorang pemuda kerana membuat aksi 'wheely' pada 16 Julai lalu.


Mohamad Arif Syawie, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perintah hukuman penjara bermula hari ini dan lesen percubaannya juga dibatalkan. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan melakukan aksi wheelie sebanyak tiga kali dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain di Jalan Apas Balung, dekat sini, pada 10.30 malam, 16 Julai lalu.

 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk sekurang-kurang dua tahun, jika sabit kesalahan.

 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan menerusi Op Lumba Haram oleh sepasukan anggota polis trafik selepas dikesan bersama sekumpulan penunggang motosikal di hadapan sebuah hentian bas kira-kira jam 10.11 malam.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Nurulnaim ketika membuat keputusan mengarahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara…