Aksi tular di Whatsapp, tiga mat rempit dicekup!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan penunggang motosikal dicekup pada Sabtu, selepas video aksi berbahaya mereka di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini tular di aplikasi WhatsApp.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tiga penunggang motosikal terbabit ditahan selepas pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 38 saat menunjukkan suspek yang melakukan aksi 'zig-zag', menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.

"Bertindak hasil maklumat kira-kira jam 10 pagi, suspek pertama yang menetap di Puchong, Selangor berjaya ditahan sebelum membawa kepada tangkapan suspek kedua dan ketiga.

"Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita ketiga-tiga buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC.

Tambah Mohd Nadzri, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek melakukan aksi tersebut kira-kira jam 12.50 tengah malam hari kejadian dan mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah makan di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kesemua tangkapan berusia 19 dan 20 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
 

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…