Aksi ngeri libat kanak-kanak - Polis tahan pemilik Toyota Vios di Pasir Gudang

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di Pasir Gudang selepas berjaya mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan kelakuan bahayanya yang viral di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut OCPD Seri Alam, Supt Ismail Dollah berkata, lelaki tersebut ditahan semalam kira-kira jam 7.45 malam di rumahnya di Taman Nusa Damai. 

"Kami percaya suspek merupakan pemandu kereta tersebut yang dirakam membawa dua orang kanak-kanak lelaki di belakang.

"Pihak kami juga turut merampas Toyota Vios yang digunakan dalam aksi ngeri itu," ujar beliau dalam satu kenyataan akhbar. 

Dipercayai salah seorang daripada kanak-kanak merupakan anak kepada suspek. 

Video dua orang kanak-kanak lelaki melakukan aksi 'Superman' di belakang but Toyota Vios dirakam ketika kereta tersebut sedang bergerak. 

Aksi yang tersebar itu menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…