Aksi kereta Axia buat pusingan dari pagi sehingga malam di bulatan cetus tanda tanya

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari video viral
Tindakan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih dikatakan membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Bulatan Mahkota di Kluang menimbulkan tanda tanya.

Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal'.

Kelihatan beberapa anggota polis di tepi bulatan terbabit dipercayai bagi mengawal keadaan dan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Difahamkan, pihak polis berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan.

Menerusi ruang komen ada yang memberitahu ternampak kereta Axia berkenaan berpusing dari pagi sampai malam.

"Fuh dari pagi aku nampak kereta Axia ini rupanya berpusing sampai ke malam, aku ingat dia pusing (bulatan) dua kali salah lorong rupanya sampai ke malam," pengguna Facebook.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian terbabit tidak menyebabkan sebarang kemalangan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut masih belum dikongsi pihak polis setakat ini.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu kenderaan yang merakam aksi kanak-kanak tersebut dilihat membunyikan hon beberapa kali ke…
Berita Domestik
Sebuah motosikal kemudian merempuh lelaki berkenaan dan turut melanggar sebuah lagi kereta.…
Berita Domestik
Beliau berkata, mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis jam 4.29 petang tadi mendakwa…