Aksi drift di Hatyai, rakyat Malaysia terpaksa bayar RM12,438

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG warga Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) gara-gara melakukan aksi drift sehingga merosakkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand.

Lelaki berusia 32 tahun bersama isterinya sebelum itu dibawa ke balai polis selepas pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan membuat laporan polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira 1 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu, pemandu terbabit yang membawa kereta jenis BMW telah membuat aksi drift di tempat letak di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.

Susulan aksi drift itu, sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk.

Selepas melakukan enam pusingan drift, pemandu berkenaan terus meninggalkan tempat letak kereta terbabit tanpa menyedari tindakannya telah merosakkan kenderaan berkenaan.

Dibalai Polis songkhla thailand

Ketua Polis Pelancong Hatyai, Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang hari Sabtu.

"Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya.

Anuwat berkata kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.

Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.